Saturday, March 20, 2010

SEKITAR SAMBUTAN JUBLI PERAK SEMPENA 25 TAHUN PAS KAWASAN MARANG

Ketibaan Dato' Seri Tuan Guru Presiden Ke Tapak Perasmian

Sof Kepimpinan PAS Kawasan Marang

Nyanyian lagu Rasmi PAS

Persembahan silat Ketibaan Ayah Chik(Tg Presiden) ke Tapak Jubli Perak

Petugas - Petugas Muslimat Jubli Perak PAS Kawasan Marang

Ustaz Abu Darda' Mengetuai Perbarisan Pelajar MDQ, Rusila

Perbarisan Nisa' dan guru-guru PASTI Kawasan Marang

Kelihatan sebahagian peserta perbarisan dari MDQ, Unit Amal dan WAJA Marang, dan Kadet MDI-Titian baru.

Friday, March 19, 2010

TOK GURU NIK AZIZ SELAR PEMIMPIN POLITIK BUKA PEKUNG SENDIRI BILA KELUAR PARTI

KOTA BAHARU, 19 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, sepatutnya jika anggota parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur dalam sesebuah pertubuhan, sama ada melalui mesyuarat agung atau sebagainya.

"Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamaddun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat.

Nik Aziz diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Nik Abdul Aziz berkata masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.

Beliau mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memlilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.

Nik Aziz berkata, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka dan bukan cara mendedahkan keaiban pemimpin itu di khalayak umum.

"Ini cara tidak kena dan peluang masih terbuka untuk pihak yang melakukan perbuatan itu kembali ke pangkal jalan untuk bertaubat daripada melakukan kesalahan itu," katanya.

Mengenai kenyataannya dalam ceramahnya sebelum itu yang mengajak rakyat Kelantan beramai-ramai menyertai perarakan di Terengganu esok anjuran badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Nik Aziz berkata beliau tidak dapat hadir ke majlis itu kerana ada urusan lain.

Menurutnya, rombongan Kelantan ke majlis itu akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.


-- BERNAMA

TENGKU RAZALEIGH TIDAK SETUJU KES ROYALTI KE MAHKAMAH

KUALA TERENGGANU, 19 Mac: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.

Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.

cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.
Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika diperintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.

Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.
Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.

Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.

Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.

"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.

Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.

"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.

sumber: harakahdaily

Thursday, March 18, 2010

HEBAHAN UMUM


Mari bersama Bersatu

Kembalikan HAK Negeri Melayu yang di rampas
Kita Sudah Tiada Masa Untuk Bersengketa
Hak Melayu Semakin Terhakis dan dihakis Sewenang-wenangnya

Semua rakyat Terengganu di jemput hadir untuk mendengar kebenaran Fakta dan Sejarah berkaitan Royalti oleh orang yang mengasaskan Perjanjian Royalti.

PEMBETULAN !!! MAKAN MALAM PEMUDA DUN RHU RENDANG

Disaat-saat akhir penyelaras pemuda dun terpaksa membuat perubahan kerana bertembung dengan program yang lebih penting iaitu Majlis Solat Hajat dan Dialog Perdana Isu Royalti Minyak yang akan diadakan di TER kuala Ibai Yang akan dihadiri oleh Mamtan Pengerusi Petronas , YB Mulia TG Razaleigh Hamzah. Maka Penyelaras Pemuda Dun telah mengambil keputusan seperti berikut :

Program Asal :

Tarikh : 18/03/2010
Tempat : Restaurant Maidah, Rusila
Masa : 9 malam

Selepas Perubahan :

Tarikh : 18/03/2010
Tempat : Restaurant Suria Rasa , Rusila
Masa : Lepas Maghrib - 3.30 pg

ATURCARA PROGRAM

7.45 mlm - 9.00 mlm - Ketibaan Tetamu-Tetamu dan makan
9.00mlm - 9.30 mlm - Ucapan Pengerusi Majlis , Ucapan Ketua Pemuda DUN , Ucapan Perasmian Oleh Ust Azman Syafawi Abd Rani (TIM. Ketua DPPP)
9.30 - Bersurai (Bertolak Ke TER Kuala Ibai)

* kepada yang belum makan : boleh teruskan makan sehingga pukul 3.30 pagi. harap maklum

Wednesday, March 17, 2010

Himpunan 10 000 Rakyat Menyambut DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong


- Dan Persembahan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti

Bulan ini, Mac 2010 genaplah 10 tahun Terengganu telah dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat. Dalam tempoh 10 tahun ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh banyak pihak bagi memastikan royalti dapat dikembalikan ke pangkuan Kerajaan Negeri.

MAMPAT khususnya, dan kini bersama GEGAR telah menjadikan isu royalti sebagai suatu agenda khusus dalam perjuangan kami. Kami bertegas mengatakan bahawa Royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada fakta dan sejarah, dan mesti diserahkan melalui saluran yang betul iaitu Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi berpelembagaan. Kami juga menegaskan bahawa Royalti adalah Royalti dan tidak menerima sama sekali apa yang dinamakan Wang Ehsan, Dana Persekutuan dan sebagainya.

InsyaAllah, seperti dimaklumkan sebelum ini MAMPAT dan GEGAR akan mengadakan suatu Dialog Rakyat berkenaan isu royalti yang melibatkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac ini di TER, Kuala Ibai. Majlis bermula dengan Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Isyak.

Sehubungan itu satu persembahan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti akan menyusul pada 20 Mac ini, Sabtu dengan mengambil peluang keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ke Terengganu. Tuanku dijangkakan tiba pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

GEGAR akan mempersembahkan dua Memorandum yang akan mewakili NGO dari Kelantan dan Terengganu. Setakat ini, sebanyak 70 NGO telah menyatakan persetujuan bersama dengan GEGAR dalam isu tuntutan Royalti. Kami masih berusaha bagi menambah bilangan NGO tersebut.

Bagi menjayakan program yang bersejarah ini, semua rakyat dijemput untuk hadir bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti ini. Semua diminta berkumpul pada jam 11 pagi bagi memudahkan perjalanan program.

GEGAR menjangkakan dapat mengumpul sekitar 10 000 rakyat untuk program sambutan ini.

Sekretariat MAMPAT & GEGAR

sumber : buletinonline

PARLIMEN: Pindaan Akta 174 Benar Ahli Politik Bergelar Pelajar Tanpa Lepas Jawatan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Seorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik kini boleh mendaftar sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya, demikian menurut rang Undang-Undang Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Parlimen Rabu.

Perkara itu dinyatakan dalam Fasal 6, rang undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong di Dewan Rakyat di sini untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang yang mempunyai 14 fasal itu, antara lain, bertujuan meminda beberapa takrif dan seksyen dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

Sebagai contoh, Fasal 6 menggantikan Seksyen 10 Akta 174 untuk memberi pelajar dan pertubuhan pelajar kebebasan berpersatuan, tertakluk kepada sekatan berhubung dengan parti politik, pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang dikenalpasti oleh Menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau badan pelajar itu.

Bagaimanapun, menurut rang undang-undang ini, ketua eksekutif boleh, atas permohonan seseorang pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebutkan.

Subseksyen (6) yang dicadangkan di bawah fasal ini pula bertujuan untuk meluaskan ruang lingkup kebebasan bercakap dan bersuara mengenai perkara akademik oleh seseorang pelajar.

Manakala pindaan subseksyen (7) yang dicadangkan bertujuan menghapuskan penalti jenayah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini dan menggantikannya dengan tindakan tatatertib.

Menurut rang undang-undang tersebut, penghapusan penalti jenayah yang dicadangkan dalam seksyen ini adalah selaras dengan semangat yang ada dalam undang-undang mentadbir pendidikan tinggi.

Fasal 5 pula bertujuan menggantikan seksyen 9 Akta 174 untuk memberi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sesebuah institusi hak untuk membuat representasi bertulis sebelum apa-apa penggantungan atau pembubaran dibuat terhadap mereka.

Fasal yang sama turut mewujudkan hak untuk merayu kepada menteri.


-- BERNAMA

BETULKAH PISANG BOLEH HALANG AIDS ???

LONDON - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati bahan kimia yang dinamakan BanLec dalam buah pisang didapati berkesan untuk merawat jangkitan HIV sama seperti dua jenis ubat anti-HIV semasa iaitu T-20 dan maraviroc, lapor sebuah akhbar semalam

BanLec merupakan sebahagian protein lektin yang banyak terdapat dalam tumbuhan, terutamanya buah pisang.

Berdasarkan penemuan itu, mereka percaya dapat menyelamatkan nyawa jutaan penghidap HIV dengan kos murah.

Penyelidik utama kumpulan berkenaan dari Universiti Michigan, Michael Swanson berkata, BanLec bertindak seperti guni yang membungkus virus HIV dan menghalangnya daripada merebak.

"Masalah sesetengah ubat anti- HIV adalah virus tersebut cepat bermutasi dan menjadi kebal, tetapi ia sukar berbuat demikian dengan kehadiran BanLec," katanya.

Swanson kini dalam proses menghasilkan kaedah mengubah suai BanLec supaya ia sesuai untuk manusia sama ada digunakan bersendirian atau melalui kombinasi dengan ubat anti-HIV yang lain. - Agensi

sumber : KOSMO

Tuesday, March 16, 2010

PAS : DAKWAH DAN SIASAH - Melebarkan Sokongan Merentasi Semua Kelompok Serta Segmen Rakyat dan Pengundi

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sokongan jitu masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang terhadap perjuangan yang kita dokong merupakan elemen yang akan membantu untuk kita menang dan perkasa .

Sokongan jitu ini dengan maksud bukan sokongan spontan yang bersifat jalanan dan murahan , tetapi sokongan yang diraih dengan nilai kepercayaan tinggi masyarakat terhadap perjuangan kita .

Saya melihat sokongan seperti ini mesti diperolehi melalui sekurang - kurangnya 4 subjek :

Subjek yang pertama : TAKHTIT YANG MUNAZZAMAH

Iaitu Perancangan yang strategik berasaskan komitmen terhadap sumber perjuangan yang tulen serta hala tuju yang jelas .

Subjek yang kedua : USLUB YANG MUNAASIB

Iaitu approach yang bersesuaian terhadap strategi dan realiti serta efektif terhadap sasaran ( madu'u ) . Jua mengambil pendekatan yang responsif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah .

Subjek yang ketiga : DAKWAH YANG SYAMILAH

Iaitu penerangan yang menyeluruh berlandaskan objektif dan matlamat suci perjuangan . Melampaui tembok pemisah yang dibina oleh musuh jega melepasi kejumudan kelompok sendiri .

Subjek yang keempat : SIASAH YANG RAASYIDAH.

Iaitu politik yang memimpin dan menyelamatkan ummah dari cengkaman nafsu liar penguasa toghut dan zalim serta kejam melalui pendekatan yang berhemah dan berhikmah .

Justeru itu saya merasakan sayugianya kita memperkasakan sistem Jalur Lebar dakwah dan siasah parti yang bersifat online , fulltime dan borderless .

Saya juga mempunyai 5 perhatian untuk diteliti oleh kita semua :

Perhatian 1 :

Penerangan atau dakwah kita jangan hanya berlegar dengan skima atau trend pengupasan isu semata - mata sebaliknya kita mahu dakwah atau penerangan yang berjaya membentuk thaqafah ( knowledge ) ahli dan wa'iyah ( kesedaran ) ummah , yang mesti tegak di atas 4 matlamat ( prinsip ) umum dakwah dan siasah kita :

1. Tamkiin Li Deenillah ( Memperteguh Perlaksanaan Agama Allah )
2. Iqaamatud Daulatil Islam . ( Mendirikan Kedaulatan Islam )
3. Ia'adatul Khilafah ( Mengembalikan Khilafah )
4. Tabliighul Islam Linnaasi Kaafah ( Menyampaikan Islam kpd Masyarakat seluruhnya )

Perhatian 2 :

Orientasi perjuangan kita mesti bebas sepenuhnya dari tanggapan atau prinsip songsang yang hanya membawa mesej penerangan atau dakwah kita berhenti di pintu bilik pembuangan undi di hari pilihanraya semata - mata atau dalam erti kata lain , penerangan / dakwah yang hanya untuk memancing undi .

Tasawwur kita mestilah diperbaiki khususnya penerangan / dakwah kita terhadap non muslim bukan bertujuan pancing undi tetapi ianya bersifat jangka panjang untuk mereka kenal dan terima perjuangan kita .

Apa yang kita mahu ialah penerangan atau dakwah yang berjaya meledakkan daya insaf dan sedar dikalangan masyarakat terhadap masuuliyah ( tanggungjawab ) mereka menjadi seorang hamba Allah / khalifah Allah dan akhirnya melayakkan mereka menjadi warga syurga Allah swt . Inilah prinsip penerangan atau dakwah nabi Muhammad saw. Inqaazunnas a'nin Naar ( menyelamatkan manusia dari api neraka .)

Perhatian 3 :

Jangan biarkan unjuran dan kitaran peneranganatau dakwah kita tidak melepasi garis sempadan daerah sendiri. Penerangan / dakwah yang hanya berfungsi dari pintu surau ke pintu masjid , dari pintu markaz ke pintu pusat tarbiyah .

Sedang sasaran ( madu'u ) penerangan / dakwah kita diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat , budaya dan agama malah juga pelbagai latar belakang politik , ekonomi dan sosial . Demikian juga pendekatan dakwah kita jangan hanya di atas platform majlis rasmi tetapi juga di majlis tidak rasmi.

Bertolak dari sini , suka saya tegaskan bahawa kita mesti menguasai modul Dakwah Fardiyyah iaitu dakwah / penerangan yang berasaskan personal contact dengan pendekatan :

Politik Kasih Sayang
Politik Rapat Jurang
Politik Tambat Hati

dan menjadikan kita Duta Penyelamat dan Kasih Sayang . Sementara itu persoalan titik bengek , perbedaan pendapat seperti isu muqaabalah usahlah dijadikan satu hambatan kepada perjuangan kita nan suci ini . Bukankah perjuangan kita sudah matang dan melewati usia emas !

Kata Asy Syeikh Rashid Redha ( dipopularkan oleh Imam al Banna ) :

نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعزر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza padanya .

Perhatian 4 :

Realiti penerangan / dakwah kita dewasa ini sedang melintasi zon kelabu iaitu zon demokrasi yang tidak demokratik . Satu zon yang menyaksikan sandiwara negara demokrasi yang sangat jelek dan memualkan kita . Sekalipun cuba dipulih kononnya oleh UMNO dan BN , nyata ia hanya satu lagak untuk mengelirukan rakyat agar terus memberi sokongan kepada mereka .

Lantaran itu , sistem penerangan / dakwah kita mesti peka dan sensitif dalam menghadapi suasana seperti ini . Lajnah Penerangan dan Jabatan Penerangan sewajarnya menjadi organ yang paling sibuk mengendali dan mendepani situasi sebegini .

Bertindak laksana Tariq bin Ziyad yang membakar kapal untuk tidak memungkin mereka berpatah pulang melainkan terus mara membawa panji Islam . Begitu juga Uqbah bin Nafiq yang bermunajat : " Ya Allah , kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana " .

Jangan rasa kerdil dan hina untuk membawa risalah Islam ini ke tengah masyarakat biarpun 1001 nista dilemparkan kepada kita . Prinsip kita turun ke medan ialah :

عش كريما أو مت شهيدا

Hidup ( kalau nak hidup ) sebagai orang yang mulia dan Mati ( kalau nak mati ) sebagai orang yang syahid .

CABARAN YANG TERPAKSA DIDEPANI

Kita mesti menggaris strategi dan merencana gerakkerja yang efektif guna mendepani cabaran. Cabaran yang mesti kita depani antaranya ialah :

Cabaran undemokrasi
Cabaran kekeliruan agama yang dicipta
Cabaran Kejahilan Ummah
Cabaran Kelesuan Ulamak
Cabaran Konspirasi Pemerintahan UMNO dan BN dengan agenda jahat mereka untuk menghalang perlaksanaan dan penghayatan Islam dikalangan rakyat.

Perhatian 5 :

Aktiviti penerangan / dakwah kita mesti dipastikan agar tidak bersifat stereo type dan terikat dengan aktiviti tradisi . Saya tidak menafikan keupayaan dan keberkesanan aktiviti tradisi dalam penerangan / dakwah kita seperti ceramah , kuliah dan sebagainya , tetapi wajar kita responsif dengan perkembangan semasa yang memerlukan kita lebih advance dari pihak musuh .

Inilah yang telah dipertegaskan oleh al Marhum Abu Hasan Ali An Nadwi :

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan - penemuan baru yang bermanafaat.

Berasaskan kesedaran ini , kita mesti laksanakan beberapa misi penting .

Misi pertama :

Mengkaderkan petugas penerangan / dakwah yang mampu , bukan sahaja sebagai pemidato yang berkaliber tetapi juga mewarisi syakhsiyyah kepimpinan wibawa sehingga berkeupayaan menyahut keperluan penerangan / dakwah masa kini , seperti dialog dan debat intelektual berhadapan dengan semua pihak termasuklah golongan Islam Liberal atau golongan sekular .

Misi Kedua :

Mengaktifkan hubungan dan penerangan ( dakwah ) sehingga ia menjadi hotlink antara kita dengan pelbagai kaum dan agama . Manual pendekatan berkesan mestilah diketahui dan dilaksanakan .

Media seperti Harakah sayugianya pula meneroka satu ruang berita dalam bahasa Mandarin dan Tamil walaupun terhad sebagai langkah permulaan setelah kita mempunyai english section .

Saya juga merasakan perlunya Suruhanjaya ( dalaman ) Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Harakah ditubuh . Bukanlah bertujuan untuk menyiasat penyelewengan kerana saya percaya tiada penyelewengan tetapi maksud saya untuk memberi nafas baru dan meningkatkan prestasi Harakah ( seperti mutu pemberitaan ) termasuk mengkaji keberkesanan sistem edaran Harakah kepada umum .

Sewajarnya kita kena insaf bahawa Harakah adalah Lidah Rasmi Gerakan Islam PAS . Pasti sahaja ia tidak boleh tampil membawa glamour atau publisiti seperti Mastika , Metro dan lainnya dengan hanya melihat kepada bagaimana mahu melariskan jualan.

Saya juga tidak setuju jika Harakah hanya dilihat sebagai akhbar politik yang hanya sarat dengan penjelasan isu tetapi perlu seimbang dalam membawa mesej perjuangan . ( siasah , dakwah dan tarbiah ) Sebagaimana saya juga akan terkilan andainya Harakah ( cetak dan online ) hanya menjadi lidah rasmi kepada tokoh - tokoh tertentu bukannya jamaah .

copy paste dari : ust nasarudin tantowi

Sunday, March 14, 2010

MAKAN MALAM

Penyelaras Pemuda Dun Rhu Rendang akan mengadakan jualan meja pada 18 mac 2010 di restaurant maidah , rusila. Jualan meja tersebut bertujuan untuk mencari dana keuwangan bagi pemuda DUN Rhu Rendang. Satu Meja (hidangan - 6 orang) RM 200. Antara yang membeli jualan meja ini ialah semua cawangan dan pemuda cawangan dalam dun rhu rendang, kawasan marang, MTD dan ramai lagi termasuk koporat2.

Ketua Penyelaras Pemuda DUN Rhu Rendang Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi berkata, Majlis yang akan diadakan pada hari Khamis malam jumaat bermula jam 9 malam akan dirasmikan Oleh Ust Azman Syafawi Abd Rani Tim. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Semua AJK Penyelaras diminta memakai baju pemuda dun Rhu Rendang.

Sunday, February 14, 2010

JANGAN ROSAKKAN JAMAAH - JOM USRAH

Cintailah Jamaah
Jangan Rosakkannya

1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata – mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti – parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen – elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti – parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.

5. Akhir – akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai – nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala’ , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

7. Wala’ , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma – terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala’ , thiqah dan taat .

8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala’ , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .

9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan – keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah – kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik – polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu ” saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah …” barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan ” seperti tikus membaiki labu “

10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

a ] erat hubungan ,
b ] mantap tindakan dan
c ] kukuh benteng pertahanannya .

Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap . Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi

a ] medan penyatuan fikrah ,
b ] tali penghubung ukhuwwah

Tuesday, January 12, 2010

Program Orang Muda Geng Kite

Bagi tahu 2010 ini, Penyelaras pemuda DUN Rhu Rendang telah mengatur beberapa program. Antaranya lawatan pemuda dun ke cawangan-cawangan yang dinamakan Program "Pemuda Bersama Mu". Program ini dimulakan dengan kegiatan sukan pada sebelah petang diikuti kuliah maghrib dan dialog selepas insya'. Program ini melibatkan AJK Penyelaras pemuda DUN bersama pemuda-pemuda di dalam Cawangan yang dilawati itu . Berikut ialah jadual program tersebut :

TARIKH CAWANGAN

03/12/2009 - Pengkalan kuin/ Tertak Batu
24/12/2009 - Batangan
07/01/2010 - Pulau Kerengga
21/01/2010 - Kelulut
04/02/2010 - Rhu Renggeh
18/02/2010 - Rhu Dua
04/03/2010 - Darat Pak Chan
18/03/2010 - Kg Bharu Rhu Muda
01/04/2010 - Bukit Gasing
22/04/2010 - Rhu Rendang
06/05/2010 - Rusila
22/05/2010 - Seberang Marang
03/06/2010 - Medan Jaya
17/06/2010 - Kijing
01/07/2010 - Gong Beris
15/07/2010 - Bandar Marang
29/07/2010 - Sentul Patah
05/08/2010 - Rhu Muda

Sebarang perubahan akan di maklumkan kemudian. Kita doakan somoga program ini dapat berjalan sebagaimana dirangcang..........

Monday, January 11, 2010

MAUT - Tercampak 40 meter

MARANG (Rhu Rendang) sinar harian - Dua rakan terbunuh setelah motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 20, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Seberang Marang, di sini, malam kelmarin.

Mazlan Mustaffa, 40, seorang nelayan dari Kampung Gong Balai dan Mohd Rijalufadlullah Hassan, 28, dari Kampung Alor Tembesu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya berkata, kejadian malang tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika pemandu Proton Wira yang datang dari arah Kuala Terengganu dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Pada masa sama, kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya semalam.

Thursday, January 7, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH - ULASAN TUAN GURU PRESIDEN PAS

Presiden PAS

Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polimik hangat dalam negara ,menjadi lebih panas setelah Mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pihak gereja katholik memakai perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum, khususnya masyarakat yang hidup didalamnya Umat Islam, kerena menyentuh perasaan mereka, kerana Perkataan ALLAH sangat mulia disisi umat Islam.

Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal ajaran keristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masing-masing.

Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab suci mereka (Al Quran) yang tidak diterjemahkan lagi kedalam bahasa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan kedalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al Quran.

Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja diatas kosep kebebasan beragama?, sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia .

Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebanar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Perlu difahami adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain mengikut makna perkataan Allah yang tepat dengan maksudnya dari segi bahasa Arab yang terus digunakan oleh umat Islam yang terdiri daripada bebagai bangsa dan bahasa dengan tetap berpegang kepada makna dan maksud perkataan Allah?

Atau mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya sehingga menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini .

Perkataan Allah di-sebut oleh orang arab atau pengguna bahasa arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut yahudi, kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala .

Al Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agma itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah Dalam surah Al-Ankabut ayat 61 dan 63 bermaksud

61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah dalam surah Al-Luqman ayat 25 bermaksud

25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 38 bermaksud

38. Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 9 dan 87 bermaksud

9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Ayat-ayat tersebut diatas mendedahkan bahawa orang-orang yang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan Yang Bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (Adanya Tuhan Pencipta Alam) hanya sekadar itu, namun kepercayaan mereka tidak menepati hakikat dari makana perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat makjizat Al Quran, apabila mereka memaksa diri menggunakan perkataan Allah , padahal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD, LORD dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka tidak tepat dengan maksudnya .

Kita tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah mengikut ajaran dan bahasa kita, walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, tatapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara.

Kalangan penganut kristian dengan kepercayaan Trinity (Tiga Tuhannya) dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang maha Esa dan Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang maha Esa (Al Asma Al Husna).

Imam Al Baihaqi menulis dalam kitabnya ( Al Asma Wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ia-lah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu baginya (sama ada dinamakan bapa , anak dan apa sahaja) .

Allah mengikut bahasa arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadanya .

Perkataan ALLAH itu daripada perkataan AL-ILAH dengan menambah AL kepada perkataan asal ILAHyang bermakna Tuhan secara umum .

Apabila di letakkan Alif dan lam (AL) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian di mudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf maka, di sebut ALLAH.

Penambahan Al dalam bahasa arab bertujuan makrifah (yang di kenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu berbilang Tuhan” .

Al Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W. tanpa melarang mereka menyebut, tetapi memberi penjelasan secara ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat .

Apabila Rasulullah S.A.W. menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah :

64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali-Imran ayat 64)

Perutusan Rasulullah S.A.W. mendedahkah bagaimana gulungan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut Perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran Tauhid, (mengesakan Allah) tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan–tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (padri-padri) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang–undang dan hukum yang menentang hukum Allah saperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang di- halalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah dikalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita.

Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan aqidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan ALLAH sekadar mengubah janama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci Kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang di amal oleh umat Islam, seterusnya di-kira menodai kesucian dan kemurnian Kalimah ALLAH dihadapan umat Islam.

Iman ‘Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah , dengan apa nama sekalipun:

كلمة حق أريد بها باطل

(Kalimahnya benar , tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah ALLAH adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan ditengah masyarakat umat Islam sangat menyentuh sensetiviti Umat Islam, sehingga menggerakkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO) fahaman politik dan individu, bersatu mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah ALLAH boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.

Al Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah .

Firman Allah dalam surah Al-An'am ayat 108 bermaksud

(108. Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.)

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebabasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Wednesday, January 6, 2010

DARI KAMI UNTUK KITE SEMUA

WAHAI PEMUDA.........

1. Ayuh pertahankan agama Islam kerana ia amat disukai Allah dan RasulNya.

2. Penuhilah dirimu dengan ilmu kerana ia akan memelihara dirimu dari kejahilan.

3. Hormatilah kedua ibu bapa kamu, supaya kamu dijanjikan syurga oleh Allah.

4. Jauhilah dirimu dari kemungkaran, semoga kamu sentiasa berada di pihak kebenaran

5. Akhlakmu sekarang adalah cerminan masa depan seorang bapa dan pemimpin... maka
perbaikilah akhlakmu, semoga kamu dihormati kelak.

6. Hijrahkanlah dirimu kepada keadaan yang lebih baik... maka tinggalkanlah perkara yang
merosakan dirimu.

Wahai orang muda, dihadapanmu tersedia pelbagai cabaran dan rintangan ... hanya ISLAM MENJAMIN KEJAYAANMU

Tuesday, January 5, 2010

SIRI 2:Ustaz Abu Bakar Al-Baqir(1907–1974)

sambungan...

Pembaharuan melalui Politik Islam

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah "Parti Orang-Orang Islam Malaya" atau dikenal dengan nama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan disokong oleh Ustaz Abrab Tamimi dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Hizbul Muslimin mengambil semangat penubuhannya daripada Masjumi di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Timur Tengah.

Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair berasaskan Islam.

Dasar parti ini adalah atas "Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul-Islam".

Dalam persidangan tersebut Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih menjadi Ketua Umum Hizbul Muslimin.

Tamparan kepada UMNO

Dalam persidangan penubuhan MATA di Maahad Al-Ehya Al-Sharif, pemimpin-pemimpin UMNO berasa sangat ragu-ragu dan berusaha mengelakkan diri daripada menyertainya. Tidak ramai di kalangan tokoh UMNO yang hadir dalam persidangan tersebut.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin PKMM ramai yang hadir. Bahkan ramai anggota PKMM yang mengambil bahagian penting dalam menggerakkan beberapa jawatankuasa di bawah MATA. Keadaan ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada UMNO yang baru saja ditubuhkan itu.

Satu lagi tamparan terhadap UMNO adalah apabila PEPERMAS ditubuhkan. Dengan penubuhan PEPERMAS ia menjadi saingan hebat kepada bahagian iktisad UMNO. Bahagian ini sedang giat merangka perancangan ekonomi lima tahunnya yang pertama dan mahukan sokongan ramai orang Melayu.

Sejak itu lagi pihak UMNO telah membuat ancaman dengan menggunakan ungkapan "bahaya dari gunung" terhadap tuntutan dan usaha yang dilakukan oleh aktivis Islam daripada MATA.

Penubuhan Hizbul Muslimin seterusnya memberi tamparan yang sangat hebat kepada UMNO. UMNO menolak penubuhan Hizbul Muslimin.

Sebaliknya, sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan, PKMM menjadi parti yang sangat berdamping rapat dengan Hizbul Muslimin.

Pusat Memperjuangkan Kemerdekaan

Pada masa itu Maahad Al-Ehya Al-Sharif menjadi pusat, sedangkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjadi ikon bagi perjuangan kemerdekaan.

Ketika itu UMNO di bawah Dato Onn Jaafar tidak memperjuangkan kemerdekaan. Bahkan aktivis kemerdekaan sering diejek dengan kata-kata "nak buat sebatang jarum pun tak pandai, inikan mahu merdeka".


Di bawah kepemimpinann Ustaz Abu Bakar Al-Baqir beberapa persidangan bagi menyemarakkan tuntutan kemerdekaan telah diadakan.

Hubungan peribadi yang baik di antara Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dengan pemimpin PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmi, pemimpin Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Abdullah C.D dan juga pemimpin-pemimpin kiri seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain menjadikan semua persidangan yang dipanggil di atas nama Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat sambutan yang amat luar biasa.

Suasana keterbukatan dan perkongsian yang diwujudkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjadikan semua pihak yang mahukan Tanah Melayu merdeka, merasakan sumbangan mereka masing-masing dihargai.

Tidak hairan kenapa beberapa pendukung PKMM dan PKM beranggapan bahawa Hizbul Muslimin adalah sayap politik Islam bagi PKMM sebagaimana API adalah sayap pemuda dan AWAS adalah sayap wanita bagi PKMM.

Pada masa itu terdapat ramai anggota-anggota Melayu daripada PKM yang pada masa yang sama juga merupakan anggota dan penggerak utama bagi PKMM.

Bagi sebahagian orang Melayu, PKM pada masa itu adalah satu saluran perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Tambahan lagi semasa pendudukan Jepun mereka turut serta dalam Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya atau MPAJA. MPAJA adalah front utama PKM dalam perang gerila menentang penjajah Jepun.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, pelbagai kumpulan politik Melayu kecuali UMNO, berkongsi satu cita-cita yang sama, iaitu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British.

Demikian juga bagi aktivis Islam, dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin mereka mahu menjadikan MATA sebagai jabatan agama, LEPIR sebagai jabatan pendidikan dan PEPERMAS sebagai jabatan ekonomi di bahawa Hizbul Muslimin.

Apapun, Al-Ehya dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam persidangan-persidangan ini telah menaik dan mengibarkan bendera merah putih berbintas duabelas yang melambangkan bendera Malaya Merdeka.

Bendera ini telah diluluskan oleh pakatan politik berbilang kaum PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi pada tahun 1947.

Tamparan berubah Menjadi Hasutan

Penubuhan Hizbul Muslimin menambah lagi tamparan kepada UMNO. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Onn Jaafar terhadap Hizbul Muslimin menyebabkan pentadbiran penjajah British melakukan pengawasan yang ketat dan tekanan yang hebat terhadap Hizbul Muslimin.

Dato Onn mengulang ancamannya dengan mengatakan: "Bahaya dari Gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang-orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenar-benarnya parti Islam itu 'merah"."

Keterbukan pemimpin-pemimpin Islam seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk bergabung tenaga dengan semua pergerakan rakyat yang menentang British dan memperjuangkan kemerdekaan dilihat sebagai ancaman oleh Dato Onn dan UMNO pada masa itu.

Lantaran itu Hizbul Muslimin dilabel oleh Dato Onn sebagai "merah" dan dengan itu Dato Onn telah berjaya menghasut penjajah British untuk menganggap parti Islam itu sebagai pro-komunis.

Pengintipan dan Penangkapan

Dengan tuduhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, pengintipan berterusan dilakukan terhadap Hizbul Muslimin.

Banyak pengintipan dan laporan kepada pihak polis dilakukan oleh Penghulu Muda yang baru sahaja didatangkan ke Gunung Semanggol pada awal tahun 1948. Beliau adalah saudara kepada Datuk Zainal Abidin Abas, iaitu orang kuat UMNO yang juga merupakan kawan baik kepada Dato' Onn.

Sebenarnya penghantaran Penghulu Muda itu adalah kehendak UMNO untuk mengintip pergerakan Al-Ehya dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Akhirnya Penghulu Muda itu mati dalam keadaan yang tidak baik iaitu selepas meminum arak. Kepercayaan seperti ini amat berpengaruh kepada umat Islam di Gunung Semanggol pada masa itu. Peristiwa seperti inilah yang menjadikan orang-orang Melayu di Gunung Semanggol terus menolak UMNO.

Pada pukul 12:00 tengahari, 29 Julai 1948, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat.

Lima Tahun Merengkok dalam Penjara

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan tanpa bicara di atas alasan "bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu".

Beliau bersama-sama lebih 300 tokoh politik agama dan pemimpin Melayu ditahan kerana dituduh menentang British.

Tuduhan sampingan yang dikenakan sebagai alasan menahan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir adalah beliau ada berkempen menyeru orang ramai supaya jangan membeli susu dan sabun dari kedai kaum Cina di Gunung Semanggul!

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan selama enam bulan di penjara Taiping, kemudian dipindahkan sebagai tahanan politik di Pulau Jerjak. Beliau ditahan di Pulau Jerjak selama setahun setengah.

Semasa beramai-ramai di penjara Pulau Jerjak, mereka telah membuat pakatan iaitu apabila keluar nanti ada di kalangan mereka secara langsung atau tidak langsung hendaklah menjalankan jarum ke dalam UMNO untuk menukar UMNO dari slogan "Hidup Melayu" kepada slogan "Merdeka".

Kemudian Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dipindahkan ke penjara di Tanjung Beruas Melaka dan akhirnya ke penjara Ipoh.

Selepas dipenjarakan selama empat tahun tiga bulan, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dibebaskan pada bulan Oktober 1952.

Walaupun penjajah British tidak secara rasmi mengeluarkan perintah mengharamkan Hizbul Muslimin, namun tindakan British menahan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama 300 orang pemimpin dan para aktivis, telah menjadikan Hizbul Muslimin lumpuh sama sekali.

Terus Berjuang

Sebagai pengasas parti lslam pertama di negara ini, Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak dan beberapa bulan selepas itu barulah UMNO ditubuhkan.

Semasa Darurat semua kegiatan politik telah diharamkan oleh British. Namun UMNO dibenarkan bergerak cergas oleh penjajah British bagi mengatur jentera ke arah pilihanraya 1955.

Dalam pilihanraya tahun 1955, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bertanding sebagai calon Perikatan Melayu Perak menentang calon UMNO, tetapi gagal.

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir tidak menjadi calon PAS yang telah pun ditubuhkan pada tahun 1951. Sebaliknya satu pakatan politik dan kerjasama telah diwujudkan di antara PAS dengan Perikatan Melayu Perak. Pendekatan ini adalah satu strategi yang dirasakan perlu bagi melindungi Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Walaupun aktiviti di atas nama Hizbul Muslimin berakhir disebabkan perintah Darurat, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulamak terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan.

Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah diberikan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pengasas Maahad Al-Ehya Al-Sharif, pemimpin MATA, PEPERMAS, LEPIR dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah meletakkan asas utama bagi penubuhan PAS.

Anugerah

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah meneruskan usaha baktinya memajukan Maahad El-Ehya Al-Sharif hingga ke akhir hayatnya pada bulan Julai, 1974.

Pada tahun 1960an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik menjadi anggota Majlis Agama Perak.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dianugerahkan pingat Jasa Perdana (J.P) dan Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K)

Setelah pemergiannya, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Perak 1975.

SIRI 1: Ustaz Abu Bakar Al-Baqir(1907–1974)

Latar Belakang

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi.


Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang

· Persatuan Melayu Perak

· Persatuan Sunligh Taiping

· Kelab Saadat Kuala Kangsar

· Kesatuan Melayu Muda (KMM)

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)

· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

Usaha Pembaharuan

Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

Maahad Al-Ehya Al-Sharif

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di Gunung Semanggol.

Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan". Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan bangsa Melayu.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1974.

Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad). Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat diraja.

Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari Timur Tengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam sebagai tenaga pendidiknya.

Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia.

Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Pembaharuan melalui Ekonomi

Pada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusaha meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari Singapura juga turut hadir.

Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah seluruh Tanah Melayu.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-Sharif, Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat kanan.

MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak tradisional dan raja Melayu.

MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh Tanah Melayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam bidang pendidikan.

Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu.

Melalui LEPIR juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah menggabungkan semua sekolah rakyat di Tanah Melayu, melahirkan satu sistem persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam bagi semua sekolah rakyat.

LEPIR di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah mengusahakan penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab bagi seluruh Tanah Melayu.

Dengan menerajui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjuruskan usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan menubuhkan sebuah tabung mengumpul dana daripada rakya

Kerajaan tak perlu jual Pesawat MIG29N

oleh Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr M bahawa kerajaan tak perlu jual MIG29 dan beli pesawat baru. Saya sebenar memang mempunyai maklumat dan pandangan yang sama dengan Tun, tetapi saya sebenarnya sengaja simpan dulu masaalah ini untuk dibangkitkan pada sidang Parlimen bulan march 2010 akan datang. Olih kerana Tun dah bangkit persoalan ini saya terpanggil untuk menyetujui pandangan Tun.

Saya mempersoalkan kenyataan Datuk Zahid Hamidi Menteri Pertahanan yang menyatakan kerajaan belum muktamadkan lagi sama ada nak meneruskan atau tidak khidmat MIG29.sedangkan pd 28 okt 2009 baru2 ini beliua menyatakan di dewan raayat bahawa perkidmatan pesawat tempur MIG29 akan di tamat tahun depan(2010).

Tiba-tiba bila Tun menegur dan mengkritik keputusan tesebut Datuk Zahid berkata belum muktamad lagi. Ini menunjukkan kerajaan tidak ada pendirian yang jelas membuat keputusan begitu gopoh atau kenyataan Datuk Zahid sekadar nak meredakan kemarahan Tun. Bila reda dia jual semula. Hakikat mereka sedang menyembunyikan keputusan kerajan yang sememang nak jual pesawat tersebut dan beli pesawat baru, macam mereka menyembunyikan kehilangan enjin pesawat F5E selama 3 tahun baru rakyat tau mungkin dalam tempoh tersebut mereka telah berjaya menyembunyikan maklumat atau dokumen-dokumen dan juga fakta tertentu yang mungkin melibatkan keterlibatan pihak atasan TUDM dan Kementah dan ahli-ahli politik.

Kembali pada MIG29, kenapa perlu beli baru apakah tak bolih kita ‘upgrade’kan semua injin MIG 29 seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia untuk ‘upgrade’kan semua MIG milik India. Perjanjian tersebut telah membenarkan Hindustan Aeroautics Pte Ltd iaitu syarikat pertahanan/penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.

Ini bermakna India bukan sahaja dapat melanjutkan kegunaan pesawat tempur MIG mereka malah syarikat tempatan mereka mendapat teknologi baru dan juga pengalaman yang sangat berharga untuk negare India. Begitu juga kerajaan Poland yang merupakan anggota NATO yang memusuhi Rusia dan mempunyai 32 pesawat MIG29 yang dijangka dapat menggunakannya sehingga 2012-2015. Poland juga sedang mengambil langkah yang sama. Seperti mana India untuk ‘upgrade’kan pesawat MIG29 milik mereka. Begitu juga dengan Jet pengebom UK English Electric Canberra yang diguna sejak dari tahun 1950 hingga perang Teluk yang pertama setelah melalui beberapa siri uprade dilaksanakan bersesuaian dengan umur dan rolenya.

Kenapa MIG29N milik Malaysia yang belum capai usia 20 tahun tiba-tiba nak diganti dengan pesawa lain yang baru. Betullah kata Tun penjualan dan pembelian pesawat milik kerajaan mampu memberi keuntungan besar kepada orang tengah untuk kepentingan orang politik yang berkuasa seperti mana pembelian kapal selam dan pesawat Sukoi.

Malaysia perlu diselamatkan. Tahun 2009 mencatat peristiwa-peristiwa korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang memalukan dan merugikan rakyat dan negara. Saya mencadangkan perlu diwujudkan satu jawatankuasa pertahanan negara dibawah parlimen untuk meneliti perkara yang bekaitan dengan industri pertahanan termasuk soal jual beli pesawat, kapal laut/selam dan peralatan persenjataan ketenteraan.

Ini akan menjadikan setiap keputusan dibuat secara telus dan beritegriti.

MB Kecewa Dewan Bedah Tiga Hospital Terengganu Lambat Siap

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

"Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal... dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun... teruk, rakyat marah kerajaan.

"Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.

Katanya, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh dewan bedah hospital di negeri ini hampir sama iaitu masalah hama dan kebocoran.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku, kalau sekali berlaku tak mengapalah, tetapi berulang kali, semua hospital mengalami masalah hampir sama," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan membaik pulih dewan bedah berkenaan mengambil perhatian dan tindakan segara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebuah institut jantung akan diwujudkan di Kijal, Kemaman membabitkan kos RM27 juta.

Ahmad berkata, kerajaan negeri telah membeli resort Strawberry Park Kijal untuk dijadikan institut tersebut dan kerja-kerja mengubahsuai akan dijalankan segera.

Sementara itu, Terengganu mencipta sejarah menjadi negeri pertama di Asia Tenggara menggunakan mesin MSCT. Mesin berharga RM5.7 juta itu merupakan mesin pemeriksaan menggunakan sinaran x-ray yang dapat menghasilkan imej radiografi digital struktur dalaman badan pesakit dengan pantas dan berupaya mengesan sebarang penyakit dengan lebih terperinci dan tepat.

Ia dapat menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan dan dapat ditingkatkan keupayaannya kepada 128 imej. - BERNAMA

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS ISU PENGGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

YB Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah: Haron Din

BANGI - Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.

Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.

Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.

“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.

“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.